Sunday 8 March 2020

MAJLIS GRADUASI KALI 2 BAGI SPM 2019


Pada tanggal 5 Mac 2020, SMK Seri Bemban telah mengadakan Majlis Graduasi Kali Ke- 2 bagi murid-murid SPM kohot 2019 dengan jayanya di Dewan serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin. Majlis diadakan bertepatan dengan tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan.Persediaan dan persiapan yang teratur serta teliti oleh ajk pelaksana menjadikan majlis dapat dilaksanakan dengan gilang gemilang. Majlis bertambah seri apabila sekolah telah berjaya mencipta lakaran sejarah terindah dengan kejayaan peningkatan GPS sekolah iaitu melebihi target yang telah disasarkan oleh pihak sekolah.Peningkatan GPS SPM 2019 sebanyak 0.48 iaitu 5.96 berbanding 6.44 yang dicapai pada tahun 2018. Keputusan SPM 2019 yang telah diumumkan oleh Tn Pengetua Mohd Yusof bin Said, merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan khususnya kepada seluruh warga SMK Seri Bemban dan masyarakat yang tinggal di sekitar Bemban.  Pada Majlis itu juga,  Tn Pengetua Mohd Yusof bin Said telah mengambil peluang mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan usaha barisan para pentdbir, guru, staf AKP, PIBG, murid dan pekerja swasta sekolah. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak luar yang banyak memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga hari ini. Majlis Graduasi bagi tahun ini telah dirasmikan oleh ASP Azmi b. Hj Ali, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Jasin yang juga merupakan pegawai perhubungan sekolah,SMK Seri Bemban.
GAMBAR