Friday 5 April 2019

MAJLIS GRADUASI PERTAMA SMK SERI BEMBAN


Pada 14 Mac 2019, Khamis, SMK Seri Bemban telah menganjurkan Majlis Graduasi Kali Pertama untuk murid lepasan SPM 2018. Majlis seumpama ini buat kali pertamanya telah diadakan untuk meraikan kejayaan murid lepasan SPM 2018, sejak sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 2000. SMK Seri Bemban merupakan satu-satunya sekolah di Negeri Melaka menganjurkan Majlis Graduasi untuk murid lepasan SPM 2018 pada hari keputusan SPM 2018 diumumkan. Syabas kepada semua warga SMK Seri Bemban kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Graduasi ini. Gambar.