Saturday 11 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017


Pada Khamis, 9 Feb 2017, Kejohanan merentas desa peringkat SMK Seri Bemban telah diadakan dengan jayanya. Kejohanan yang telah bermula seawal 7.40 pagi yang disertai para guru, staf dan pelajar telah berjaya diadakan sehingga ke penutup kejohanan pada jam 10.30 pagi. Rumah Biru menjadi juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut, dan diikuti dengan Rumah Kuning tempat kedua, Rumah Merah tempat ke tiga dan Rumah Hijau tempat ke empat. Sepanjang kejohanan itu berlangsung, mendapat kerjasama yang padu dikalangan semua guru, staf dan pelajar. Pelajar yang hadir dan menyertai kejohanan tersebut telah menunjukkan semangat kesukanan yang baik. Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK Seri Bemban.