Tuesday 23 August 2016

SYUKUR, AKHIRNYA KAMI JOHAN!


Pada 21 Ogos 2016, Ahad, SMK Seri Bemban sekali lagi menjadi Johan dalam Pertandingan Mencipta Montaj dalam Program JOM Terokai IT. Program Terokai IT ajuran Kementeria Pengajian Tinggi dengan kerjasama Projek Bakti Siswa Intitusi Pengajian Tinggi Swasta seperti Multimedia Universiti, UNIKL dan sebagainya. Seramai 30 orang peserta dari kalangan pelajar tingkatan 4 telah dipilih mengikuti Program yang telah diadakan pada 20 Ogos sehingga 21 Ogos 2016.  Para peserta telah dilatih dan dibimbing oleh 6 orang Fasilitator yang merupakan mahasiswa gabungn dari MMU, UNIKL dan sebangainya dalam bengkel yang telah diadakan di SMK Seri Bemban. SMK Seri Bemban mendapat tempat pertama dan ke-4 dalam Pertandingan Mencipta Montaj. Johan dimenangi oleh NURUL ATHIRAH EMYLIA BINTI MD. ISNIN & NURUL FAQIHAH BINTI ROSLI manakala tempat ke-4 dimenangi oleh AIMAN BIN ZAMRI & MUHAMMAD SHAHIKMAL BIN SHAHRUL AZMAN. Tahniah diucapkan kepada Pengetua, para guru dan pelajar SMK Seri Bemban. Ucapakan terima kasih kepada semua fasilitator, PPD, MMU, UNIKL dan semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini.