Saturday 27 June 2015

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA EN RAZALI B. ALI DAN PERSARAAN GURU KAUNSELOR PN AISAH BT MD LAYA

Pada 29 Mei 2015, hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Perpisahan Mantan Pengetua En Razali bin Ali dan Persaraan guru kaunselor Pn Aisah bt Md Laya dengan jayanya. Majlis disempurnakan oleh ucapan daripada yang diraikan. Ucapan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada en Razali Ali dan Puan Aisah Md Laya, jasa dan budi yang ditabur kepada SMK Seri Bemban amat dihargai dan sentiasa dikenang. Gambar
Pantun yang sering diungkapkan oleh mantan Pengetua kepada semua warga  SMK Seri Bemban;
Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Pilih-pilih tempat menjadi,
Petama elok kedua pandai.