Sunday, 14 May 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 23


 Pada 13 Mei 2023, Sabtu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Bemban. Mesyuarat kali ke-23 telah dirasmikan oleh Prof Dr. Haji Raduwan Idar, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.   Gambar

Monday, 17 April 2023

MAJLIS PENUTUPAN BULAN BAHASA DAN HIP

 

17 April 2023, Isnin, bertempat di dataran SeriBeSS SMK Seri Bemban telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan HIP peringkat sekolah. Klik di Gambar

Friday, 17 February 2023

Selamat Menduduki Peperiksaan Bertulis SPM 2022 SeriBeSS

 


Selamat Bercuti SeriBeSS

 


Majlis Apresiasi & Hari Qualiti 2022

 

10 Februari 2023, Jumaat, SMK Seri Bemban telah mengadakan Majlis Apresiasi & Hari Q. Majlis dirasmikan oleh En Zainal bin Salam, Penghulu Dun Bemban....gambar



Saturday, 2 April 2022

SALAM RAMADHAN


 

Monday, 27 December 2021

AKSES KE SISTEM CARIAN ID DELIMA SMK SERI BEMBAN.


Makluman kepada murid dan guru, carian ID Delima boleh diakses menerusi sistem CIDs, sila klik 
CIDs . Boleh juga klik pada paparan menu di sebelah kiri laman ini CARIAN ID DELIMA.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, 8 December 2020

Wednesday, 22 July 2020

Sunday, 8 March 2020

MAJLIS GRADUASI KALI 2 BAGI SPM 2019


Pada tanggal 5 Mac 2020, SMK Seri Bemban telah mengadakan Majlis Graduasi Kali Ke- 2 bagi murid-murid SPM kohot 2019 dengan jayanya di Dewan serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin. Majlis diadakan bertepatan dengan tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan.Persediaan dan persiapan yang teratur serta teliti oleh ajk pelaksana menjadikan majlis dapat dilaksanakan dengan gilang gemilang. Majlis bertambah seri apabila sekolah telah berjaya mencipta lakaran sejarah terindah dengan kejayaan peningkatan GPS sekolah iaitu melebihi target yang telah disasarkan oleh pihak sekolah.Peningkatan GPS SPM 2019 sebanyak 0.48 iaitu 5.96 berbanding 6.44 yang dicapai pada tahun 2018. Keputusan SPM 2019 yang telah diumumkan oleh Tn Pengetua Mohd Yusof bin Said, merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan khususnya kepada seluruh warga SMK Seri Bemban dan masyarakat yang tinggal di sekitar Bemban.  Pada Majlis itu juga,  Tn Pengetua Mohd Yusof bin Said telah mengambil peluang mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan usaha barisan para pentdbir, guru, staf AKP, PIBG, murid dan pekerja swasta sekolah. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak luar yang banyak memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga hari ini. Majlis Graduasi bagi tahun ini telah dirasmikan oleh ASP Azmi b. Hj Ali, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Jasin yang juga merupakan pegawai perhubungan sekolah,SMK Seri Bemban.
GAMBAR

Wednesday, 5 February 2020

MERENTAS DESA 2020


5 Feb 2020, Rabu telah berlangsung dengan jayanya acara Merentas Desa peringkat Sekolah melibatkan jarak larian sejauh 5 km.  Acara yang disertai oleh semua murid, guru dan AKP SMK Seri Bemban itu telah bermula pada jam 7.40, dimulai dengan aktiviti senamrobik. Gambar

Friday, 9 August 2019

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE 62


Pada 9 Ogos 2019, Jumaat, kedengaran laungan "merdeka, merdeka, merdeka" oleh setiap warga SMK Seri Bemban bersama para tetamu jemputan dengan penuh bersemangat. Sambutan Bulan Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr Wong Fort Pin iaitu Timbalan speaker Parlimen dan Adun Bemban disembut dengan penuh kesyukuran dan keharmonian perpaduan masyarakat berbilang kaum. Gambar

Friday, 26 July 2019

Perkampungan ILMU


26 Julai 2019, Jumaat bermulanya Program Perkampungan ILMU. Program yang akan berlangsung selama 2 hari sehingga 27 Julai 2019 akan melibatkan calon SPM dan akan berfokuskan kepada subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Program kecemerlangan ini merupakan anjuran bersama Panitia Sejarah dan Panitia Bahasa Melayu SMK Seri Bemban. Gambar

Thursday, 25 July 2019

HARI KOKURIKULUM 2019


Pada 25 Julai 2019, Khamis, Hari Kokurikulum telah diadakan dengan jayanya oleh semua warga SMK Seri Bemban. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menarik minat murid, guru, staf dan pihak luar memeriahkan program tersebut. Antara nya ialah Pesta niaga dengan pelbagai gerai jualan minuman dan makanan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Futsal dan Bola Tampar, Pertandingan Kaligrafi Cina, Pertandingan Kolum dan pelbagai lagi aktiviti. Gambar